Friday, August 27, 2010

hilang ...

Kehilangan sesuatu yang menjadi kekuatan diri ... mungkin terlalu obses hingga terbawa-bawa .. tapi secara jujurnya sangat-sangat terasa akan pemergian yang tidak diketahui bila akan berpenghujung. semakin menghampiri tempoh waktu yang panjang dan memohon dijauhkan daripada infiniti. sakit .. terlalu perit ... tapi tidak berdaya diluah. hati ... siapa yang tahu. jiwa seakan mati .. perit menjadi realiti .. mujur ada mereka yang seakan cuba mengerti .. tapi masih lagi tidak berupaya mengganti ...
Cuba menjadi pasti dengan apa yang terjadi. tetapi mustahil mengubah realiti kepada fantasi, fantasi kepada realiti sememangnya pasti. tersa seperti tidak berguna kepada diri sendiri. berpunca daripada ketidakpastian, semakin menjadi nyata. hidup menjadi sunyi ... senyum tawa hanyalah topemg kepada perit, pedih, sunyi ... mungkin akan berubah tidak lama lagi, tapi entah bila.

Hilang ... biarlah sementara ... kembalilah kepada sediakala .. sesungguhnya hanya jauhari yang mengenal manikam ... sementara pasti akan dinanti, kenyataan akan dihadapi ... sampai bila akan dinanti ... kenangan menjadi nadi kekuatan diri ini .. kenangan akan terus bersemadi selagi terdaya .. harap akan berkekalan kerana tiada lagi selainnya ... kehilangan hanya akan terisi olehnya .. sungguh bagai dikata ...

hanya kepada yang mengerti ...

Penguasaan Zionis ke atas Media Dunia


Sejarah Yahudi

Zionis secara dasarnya merupakan satu fahaman politik Yahudi dan perkataan yang sinonim dengan Yahudi dan Israel yang menceroboh tanah Palestin di Semenanjung Gaza dengan ikhsan Amerika Syarikat dan British melalui Perjanjian Balfour 1917. Bangsa ini terkenal sejak sekian lama atas kebiadaban mereka menceroboh kawasan Palestin dan mengisytiharkan kawasan itu merupakan negara mereka, walhal mereka merupakan perompak secara terang-terangan.

Kewujudan kawasan petempatan haram mereka itu tidak diiktiraf oleh kebanyakan negara dunia kecuali sekutu kuat mereka, British dan Amerika Syarikat. Sebelum terdirinya petempatan haram mereka, bangsa ini merayau-rayau di seluruh pelusuk dunia dan cuba mendapatkan belas ikhsan negara-negara asing bagi memberikan mereka kerakyatan. Mereka telah terseksa sejak berkurun lama berikutan penindasan dan kawalan ketat ke atas mereka oleh negara-negara di seluruh dunia.

Kekejaman ke atas bangsa Yahudi berlarutan berdekad lama. Bangsa yang wujud di dunia ini seakan mengerti akan keupayaan Yahudi menggoncang seantero dunia. Pemimpin-pemimpin dunia seakan sepakat menanamkan perasaan benci dan jijik terhadap bangsa ini. Perang Salib merupakan titik hitam buat Yahudi. Beratus ribu bangsa ini dibunuh di Eropah dan hidup merempat. Mereka diperlakukan tidak ubah seperti anjing kurap. Selain itu, pada tahun 1648 kerajaan Poland telah melakukan pembersihan etnik terhadap bangsa ini dan berhasil menghapuskan sejumlah 200,000 orang bangsa Yahudi dalam tempoh 10 tahun.

Disebalik kesusahan dan kemelaratan hidup merempat itu, Yahudi turut berusaha mencapai kesenangan dan keharmonian dalam hidup mereka. Setelah sekian lama terseksa, pada kurun ke 18, Yahudi mulai merasai nikmat keamanan setelah kebanyakan negara melalui agenda seorang penulis Amerika Syarikat, Dohm, dalam karyanya ‘Upon the Amelioration of the Condition of Jews’ menyarankan agar Yahudi diberikan kelonggaran tekanan dan sekatan. Kehidupan Yahudi mulai berubah. Mereka mulai mencipta kekayaan tanpa batasan dan had serta menjadi nadi kepada negara-negara yang mereka duduki dengan menjadi sumber ekonomi terbesar kepada negara tersebut.

Kebangkitan Jerman sebagai kuasa besar dunia merubah segalanya-galanya. Hitler yang menerajui propaganda Holocaust telah melancarkan perang besar-besaran ke atas bangsa Yahudi ini. Tentera-tentera Jerman diwajibkan membunuh bangsa Yahudi ini dan sesiapa sahaja yang membela bangsa ini.

Kerajaan Jerman berhasil menyembelih bangsa Yahudi dalam jumlah yang besar. Mereka seakan-akan tiada harapan lagi untuk wujud di muka bumi ini. Namun begitu, Amerika Syarikat dan Britain telah meraih simpati masyarakat dunia agar menolak perjuangan Hitler dan menyokong keamanan dunia, sedangkan hakikatnya adalah untuk menolong bangsa Yahudi. Amerika bersekongkol dengan British dan melancarkan perang ke atas Jerman.

Media dunia pula seakan bersepakat dengan mereka dan menayangkan kekejaman bangsa Jerman ke atas mereka yang tidak berdosa. Sedangkan pada hakikatnya, media dunia adalah di bawah kawalan Yahudi dengan memperkudakan Amerika dan British. Mereka mengubah fakta dan meraih simpati masyarakat dunia agar menyokong mereka yang tertindas.

Rata-rata masyarakat dunia mulai menyokong perjuangan Amerika dan menidakkan Holocaust Nazi Hitler. Propaganda Yahudi mulai meresap ke dalam ideologi dan fahaman segenap lapisan masyarakat dunia. Disamping pembunuhan beramai-ramai bangsa Yahudi oleh Hitler, mereka sebenarnya menjadi semakin kuat dan berpengaruh dalam masyarakat dunia. Simpati dan belas kasihan masyarakat dunia seakan menjadi kekuatan untuk Yahudi.

Media berjaya mengubah persepsi dunia ke atas Yahudi. Ini merupakan kejayaan pertama yang mereka perolehi daripada media. Menyedari hakikat ini, Yahudi mulai memainkan peranan mereka sehingga mereka berhasil menguasai hampir 60 peratus media dunia dengan menguasai empat kongglomerat media terbesar dunia pada hari ini....

Protokol Yahudi

Keberhasilan Yahudi menguasai dunia bergantung kepada kesepakatan mereka terhadap Protokol Yahudi. Protokol ini merupakan langkah pertama mereka dalam gerakan menguasai dunia dan cita-cita bagi mewujudkan Kerajaan Agung Dunia. Melalui protokol ini, mereka telah merangka satu operasi rahsia yang tidak dapat dibayangkan oleh manusia sejagat, termasuklah Amerika Syarikat yang konon-kononnya sangat berkuasa.

Melalui protokol ini, Yahudi telah merancang segala gerakan yang akan mereka laksanakan bagi mencapai matlamat utama mereka menguasai dunia. Setiap rancangan mereka diaturkan dengan teliti agar tidak terhidu oleh sesiapapun. Terdapat 24 protokol dalam keseluruhan Protokol Yahudi ini yang mana setiap satunya menjurus kepada teknik pemerintahan dan langkah-langkah teras yang perlu dilaksanakan bagi mewujudkan Kerajaan Agung Dunia.

Namun begitu, sekitar tahun 1901 Masihi, seorang wanita Perancis telah berhasil mencuri naskhah protokol ini sewaktu persidangan tertinggi Gerakan Freemason di Perancis. Wanita ini berjaya melarikan naskhah ini diakhir muktamar rahsia (Jewish Masonic Conspiracy). Seterusnya naskhah ini tersebar luas ke serata dunia serta turut diterjemah ke dalam pelbagai bahasa demi memberitahu orang ramai berkenaan rahsia Yahudi dalam menguasai dunia. Berikut merupakan rumusan daripada 24 protokol tersebut:

· Protokol Pertama

Cara memerintah sebaik-baiknya ialah dengan menggunakan kekerasan dan keganasan bukan dengan perbincangan ilmiah. Hak itu terletak kepada kekuatan. Siapa kuat, dialah berhak, kerana dalam hukum alam, kebenaran terletak dengan kekuatan. Sesungguhnya politik tidak sesuai dengan akhlak. Pemerintah yang berpandukan moral bukanlah ahli politik yang bijak. Mereka yang ingin memerintah, mestilah pandai menggunakan tipu helah dan matlamat menghalalkan cara. Minuman keras haruslah digunakan untuk mencapai tujuan itu.

· Protokol Kedua

Bantuan-bantuan yang diberikan oleh bangsa yahudi melalui agen-agen Yahudi akan memperkuatkan kaum yahudi. Yahudi akan memerintah bangsa lain seperti bangsa itu memerintah negaranya sendiri, tanpa disedari bahawa mereka telah berada di bawah genggaman yahudi. Ketua pentadbir yang dilantik untuk mengatur pentadbiran negara, mestilah terdiri daripada orang-orang yang berjiwa budak, yang mudah diarah untuk kepentingan Yahudi. Melalui akhbar, Yahudi menggerakkan fikiran orang ramai serta mengambil kesempatan untuk mendapatkan emas, meskipun dari lautan darah dan airmata. Pengorbanan adalah perlu, kerana setiap nyawa dikalangan yahudi berharga seribu orang bukan Yahudi.

· Protokol Ketiga

Yahudi akan menjadikan negara bukan Yahudi, sebagai gelanggang pertelagahan manusia yang boleh membawa huru hara, seterusnya menyebabkan kemerosotan ekonomi. Yahudi akan berlagak sebagai penyelamat dengan mempelawa masuk ke ‘pasukan kita’ iaitu Sosialis, Komunis dan lain-lain yang dapat memberi ruang kepada Yahudi untuk menguasai bangsa bukan Yahudi. Dalam alam fikiran Yahudi, wajib ditanam perasaan bahawa semua haiwan itu (bukan bangsa Yahudi) akan tidur nyenyak apabila kenyang dengan darah. Ketika itulah senang bagi Yahudi memperhambakan mereka.

· Protokol Keempat

Bangsa Yahudi mestilah menghapuskan segala bentuk kepercayaan agama serta mengikis daripada hati orang bukan Yahudi prinsip ketuhanan dan menggantikannya dengan perkiraan ilmu hisab serta lain-lain keperluan kebendaan. Fikiran orang bukan Yahudi mestilah dialihkan ke arah memikirkan soal perdagangan dan perusahaan supaya mereka tidak ada masa untuk memikirkan soal-soal musuh mereka. Akhirnya segala kepentingan akan jatuh ke tangan Yahudi.

· Protokol Kelima

Sekiranya ada di kalangan orang bukan Yahudi cuba mengatasi bangsa Yahudi dari segi sains, politik dan ekonomi, maka bangsa Yahudi mestilah menyekat mereka dengan cara menimbulkan pelbagai bentuk perselisihan sehingga wujud konflik sesama mereka. Kesannya, mereka mengambil keputusa untuk tidak mencampuri permasalahan tersebut kerana ianya hanya difahami oleh orang-orang yang memimpin rakyat sahaja.

· Protokol Keenam

Untuk memusnahkan perusahaan bangsa bukan Yahudi, ialah dengan cara merosakkan sumber pengeluaran dengan memupuk tabiat membuat kejahatan dan meminum minuman keras di kalangan pekerja, serta mengambil langkah menghapuskan orang orang terpelajar dari kalangan bangsa bukan Yahudi. Semua bangsa bukan Yahudi mestilah dipastikan menduduki mertabat kaum buruh yang melarat.

· Protokol Ketujuh

Orang-orang Yahudi wajib menabur fitnah supaya timbul kekacauan, pertelagahan dan permusuhan di kalangan manusia. Bila timbul penentangan terhadap bangsa Yahudi, maka wajiblah orang Yahudi menyambutnya dengan peperangan secara total di seluruh dunia.

· Protokol Kelapan

Pemerintah Yahudi akan dikelilingi oleh segolongan besar ahli-ahli ekonomi dan orang Yahudi sendiri akan dikelilingi oleh ribuan ahli-ahli korporat, jutawan dan usahawan.

· Protokol Kesembilan

Yahudi akan mendirikan kerajaan diktator dengan membuat dan melaksanakan undang-undang yang tegas, iaitu undang-undang yang akan membunuh tanpa pengampunan. Yahudi akan merosakkan moral pemuda-pemuda bukan Yahudi dengan menanamkan teori-teori palsu dan ilmu-ilmu yang batil.

· Protokol Kesepuluh

Yahudi akan membawa masuk racun ‘Liberalisma’ ke dalam negara-negara yang bukan Yahudi supaya menggugat kestabilan politik. Pilihanraya diatur supaya boleh memberi kemenangan kepada pemimpin-pemimpin yang dapat bertugas sebagai agen yahudi dalam melaksanakan rancangan rancangan Yahudi.

· Protokol Kesebelas

Bangsa Yahudi menyifatkan diri mereka sebagai serigala dan bangsa lain sebagai kambing. Bagi mereka, Yahudi merupakan bangsa yang terpilih dan mereka bertebaran ke atas muka bumi ini sebagai satu rahmat. Berada di perantauan atau negara asing yang nampak sebagai kelemahan, sebenarnya mencerminkan kekuatan yang dapat membawa bangsa itu ke pintu kekuatan di seluruh dunia.

· Protokol Kedua belas

Yahudi akan mengubah pengertian tentang kebebasan atau kemerdekaan dengan mentafsirkan istilah itu sebagai mengamalkan apa-apa yang diperkenalkan atau dibenarkan oleh undang-undang sahaja. Kalau bangsa bukan Yahudi diberi permit menerbitkan sepuluh akhbaratau majalah, maka bangsa Yahudi mesti menerbitkan 30 akhbar atau majalah. Perkara ini amat penting kerana ia adalah alat untuk mengubah fikiran rakyat.

· Protokol Ketiga belas

Bagi memastikan kejayaan usaha-usaha memonopoli dan mempercepatkan proses keruntuhan, maka bangsa Yahudi hendaklah menghapuskan golongan korporat dari bukan bangsa Yahudi di samping mengadakan spekulasi dan menyebarkan projek mewah, pesta-pesta serta pelbagai bentuk hiburan lain di kalangan bangsa bukan Yahudi kerana semua ini akan menelan kekayaan mereka. Untuk mengalih perhatian orang bukan Yahudi daripada memikirkan persoalan politik, maka agen Yahudi hendaklah membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan, olahraga, pesta-pesta, pertandingan kesenian, kebudayaan dan lain-lain lagi.

· Protokol Keempat belas

Ahli falsafah Yunani mestilah membincangkan kekurangan-kekurangan serta mendedahkan keburukan agama-agama lain. Para penulis Yahudi harus menonjolkan tulisan-tulisan grafi iaitu mengadakan sastera yang tidak bermakna, kotor dan keji.

· Protokol Kelima belas

Apabila mendapat kekuasaan, bangsa Yahudi akan membunuh tanpa belas kasihan terhadap setiap orang yang menentangnya. Setiap pertubuhan yang merancang untuk menentangnya mestilah dihukum dan ahli-ahlinya dibuang negeri. Oleh itu, mesti didirikan sebanyak-banyaknya ‘FREMASONIC LODGE’ iaitu tempat-tempat pertemuan rahsia orang orang Yahudi.

· Protokol Keenam belas

Yahudi akan mendirikan universiti mengikut rancangan yang begitu tersusun. Pensyarah-pensyarah akan mendidik dan membentuk para pemuda supaya menjadi manusia yang patuh kepada pihak berkuasa (Yahudi). Bagaimanapun, ajaran-ajaran mengenai undang-undang negeri dan politik tidak akan diajar kecuali beberapa orang sahaja yang dipilih kerana kebolehan mereka.

· Protokol Ketujuh belas

Yahudi meletakkan kehakiman dalam bidang yang sempit dan terhad. Guaman akan melahirkan orang-orang kejam, tidak berperikemanusiaan dan mempunyai tabiat buruk untuk mencapai kemenangan bagi orang yang dibelanya, walaupun terpaksa menghancurkan semangat keadilan dan mengorbankan kebajikan masyarakat.

· Protokol Kelapan belas

The Kings of Jews akan dikawal oleh pengawal pengawal rahsia, kerana orang-orang Yahudi tidak akan membuka pinti kepada kemungkinan adanya perancangan untuk menentang kegiatan Yahudi

· Protokol Kesembilan belas

Bangsa Yahudi akan membicarakan orang orang yang melakukan kesalahan politik sama seperti orang yang mencuri, membunuh dan kesalahan-kesalahan yang lain. Orang ramai akan memandang kesalahan politik itu sebagai satu kesalahan yang hina dan timbul rasa benci kepada mereka yang melakukannya.

· Protokol Kedua puluh

Bank Antarabangsa Yahudi akan memberi pinjaman kepada bangsa bukan Yahudi dengan kadar bunga yang tinggi. Pinjaman yang sedemikian, akan menyebabkan pertambahan kadar hutang berlipat kali ganda. Ekonomi orang bukan Yahudi akan lumpuh secara automatik kesan pertambahan hutang tersebut.

· Protokol Kedua puluh Satu

Yahudi menggantikan pasaran wang dengan institusi hutang kerajaan yang bertujuan untuk menetapkan nilai perusahaan mengikut pendapatan kerajaan. Institusi ini akan menawarkan pasaran 500 sijil pinjaman perusahaan dalam sehari atau membeli sebanyak itu juga. Dengan cara inilah segala perusahaan akan bergantung kepada Yahudi.

· Protokol Kedua puluh dua

Untuk sampai kepada tujuan yang baik iaitu kekuasaan Yahudi yang berkuasa penuh dalam rangka meletakkan dunia dalam pemerintahannya, kadang-kadang kekerasan akan digunakan. Di tangan Yahudilah terletaknya pusat kekuasaan yang paling besar.

· Protokol Kedua puluh tiga

Orang Yahudi wajib melatih seluruh umat manusia dalam meningkatkan rasa segan dan malu agar mereka terbiasa dengan sifat patuh dan setia kepada arahan Yahudi.

· Protokol Kedua puluh empat

Kerajaan tidak boleh diserahkan kepada mereka yang tidak tahu selok belok pemerintahan. Hanya mereka yang boleh menunjukkan sikap keras, kejam dan boleh memerintah dengan tegas akan menerima teraju kerajaan daripada pemimpin-pemimpin kita (Yahudi).

Penguasaan Yahudi Terhadap Media Dunia

Seorang pendeta Yahudi sewaktu ucapannya pernah berkata, “sekiranya emas merupakan aset utama kita untuk menawan dunia, maka media merupakan aset kedua yang perlu kita kuasai”.

Hal ini dapat dilihat apabila media merupakan kuasa keempat terpenting di dunia. Sebagai contoh di England dan Amerika Syarikat, mereka menjadikan media sebagai ‘Fourth Estate’, yang mana kuasa terbesar dalam pantadbiran negara. Menyedari kepentingan media terhadap masyarakat, Yahudi sedaya upaya menjadikan media sebagai alat mempengaruhi pemikiran masyarakat dunia.

Sejak tercetusnya peristiwa berdarah Holocaust buat Yahudi, mereka mula mencorak media seiring dengan keperluan mereka. Penguasaan media dunia mula meresap sedikit demi sedikit. Menyedari potensi media di Amerika Syarikat sangat luas, mereka mula meresap masuk ke dalam organisasi media di sana dan menguasainya dari dalam melalui rantaian pentadbiran media.

Dewan Masyarakat terbitan tahun 2006 pernah menyiarkan artikel yang ditulis oleh Norfadilawati Musa, tutor Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi Multimedia, Universiti Terbuka Malaysia, berkenaan betapa besarnya pengaruh Yahudi terhadap media dunia. Beliau menyatakan bahawa pengaruh Yahudi meresap masuk ke dalam media di Amerika melalui tempoh yang agak panjang dan Yahudi turut berupaya meresapkan anggotanya ke dalam sistem pentadbiran media dan mengukuhkan kedudukan mereka di dalam sistem tersebut bagi meluaskan propaganda mereka.

Dapat dilihat di sini, media dunia seakan berat sebelah di dalam pelaporan mereka terhadap isu pendudukan Yahudi ke atas bumi Palestin. Mereka lebih banyak menyiarkan berita mengenai serangan Hamas ke atas Yahudi berbanding serangan dan pembunuhan Yahudi ke atas masyarakat Palestin.

Hal ini kerana, merekalah yang menentukan apa yang kita kenali sebagai berita. Mereka merupakan berita. Sekiranya sesuatu peristiwa itu tidak menuruti kehendak berita yang mereka inginkan, itu tidak dikira sebagai berita. Inilah yang tidak diketahui ramai pihak. Melalui protokol ke 12 yang berkait dengan media, Yahudi mulai mengorak langkah mereka di dalam dunia media.

Antara organisasi media yang dberada di dalam genggaman mereka adalah Walt Disney. Syarikat ini merupakan kongglomerat terbesar dunia. Terdapat puluhan anak syarikat di bawah Walt Disney. Melalui Michael Eisner, seorang Yahudi, syarikat ini berkembang pesat dengan penghasilan bahan-bahan hiburan seperti wayang gambar, cerita animasi, dan sebagainya.

Eisner merupakan CEO bagi Walt Disney bermula 1984 sehingga 2005. Ayah dan ibunya merupakan Margaret (née Dammann) and Lester Eisner, merupakan bangsa Yahudi sepenuhnya. Penggantinya adalah Robert Iger,merupakan seorang berbangsa Yahudi yang juga merupakan tulang belakang kepada penggabungan Pixar dan Marvel Entertainment ke dalam Walt Disney.

Terdapat empat division utama di bawah Walt Disney, iaitu The Walt Disney Studios yang mengendalikan filem dan label rakaman, Parks and Resorts yang mengendalikan semua taman tema Disney, Disney Consumer Products yang mengendalikan alat mainan, pakaian, cenderahati yang berkaitan dengan jenama Disney, dan Media Networks yang mengendalikan televisyen dan operasi internet Disney.

Di bawah Media Networks, terdapat puluhan stesen televisyen dan radio di bawah kendalian Disney. Stesen berita ABC yang cukup dikenali dengan rancangan seperti Good Morning America, World News Tonight dan 20-20 sebenarnya mempunyai pengaruh Yahudi yang cukup kuat. Kebanyakan penerbit eksekutif rancangan ABC merupakan bangsa Yahudi.

Victor S. Neufel merupakan penerbit eksekutif bagi rancangan 20-20, Bob Reichbloom bagi Good Morning America, dan Rick Kaplan untuk World News Tonight. Mereka semua merupakan bangsa Yahudi yang berkhidmat di dalam ABC. Maka tidak hairanlah, media Amerika Syarikat jadi berat sebelah apabila berbicara mengenai Palestin dan Israel.

Selain itu, rancangan sukan kegemaran ramai, ESPN turut berada di dalam senarai rancangan terbitan Disney. Rancangan ini dikemudi oleh seorang Yahudi iaitu Steven Bornstein. Melalui protokol ke 13, kita dapat melihat Yahudi akan melalaikan masyarakat dunia melalui pesta-pesta dan aktiviti olahraga yang tidak memberikan sebarang faedah. Penggabungan protokol ke 13 dan protokol ke 12 yang berkait rapat dengan media menunjukkan betapa Yahudi ini amat licik dalam menjalankan jarum kemusnahan dalam diri masyarakat dunia.

Selain itu, syarikat Time Warner yang merupakan syarikat hiburan kedua terbesar dunia selepas Walt Disney turut dimiliki oleh orang Yahudi. Jeffrey Bewkes merupakan CEO dan Pengerusi bagi Time Warner. Jeffrey merupakan Yahudi beketurunan Belanda. Sebelum ini, Time Warner dikendalikan oleh Gerald M. Levin juga seorang Yahudi. Gerald merupakan pemegang amanah dan penyokong Muzium Warisan Yahudi di Manhattan.

Aset yang paling diketahui dimiliki oleh Time Warner ialah Home Box Office (HBO), sebuah saluran kegemaran ramai untuk melihat filem-filem terbaru. Tetapi ramai yang tak sedar, HBO pernah diuruskan Gerald M. Levin. Satu lagi saluran di bawah HBO ialah Cinemax, turut dikendalikan di bawah Time Warner.

Saluran berita CNN, tanpa disedari juga turut berada di bawah kendalian Philip I Kent yang menguruskan Turner Broadcasting System, sebuah syarikat yang menguruskan penyiaran CNN. Perlu disedari, Turner Broadcasting System berada di bawah kendalian Time Warner. Maka, tidak hairanlah, bila laporan CNN seringkali berat sebelah. Hal ini kerana secara totalnya, syarikat ini mempunyai hubungkait yang kuat dengan Yahudi.

Time Warner juga merupakan pemilik kepada Warner Brothers. Barry Meyer merupakan CEO Warner Brothers dan merupakan seorang Yahudi. Malah individu ini mendapat penghormatan oleh American Jewish Committee’s 2006 Dorothy dan Sherrill C. Corwin Human Relations Award untuk kerja-kerja kemanusiaannya.

Warner Music, merupakan anak syarikat Time Warner, terus berada di bawah penguasaan Yahudi. Edgar Bronfman Jr, merupakan CEO dan Pengerusi bagi Warner Music. Berstatuskan agama Yahudi, maka satu lagi syarikat rakaman gergasi dunia milik Yahudi. Malah sehingga di Malaysia, syarikat ini berjaya melebarkan sayapnya. Itulah yang mewujudkan Warner Music Malaysia.

Terlalu banyak sumbangan Yahudi dalam media dunia sehingga sukar bagi kita untuk mengenalpasti dengan lebih lanjut. Mereka melancarkan propaganda mereka dengan begitu halus sehingga kita sendiri tidak mengetahuinya. Tugas kita sebagai masyarakat Melayu yang beragama Islam hanyalah membeli perkhidmatan mereka dan menjadi penyumbang setia kepada dana yang menghancurkan bumi Palestin.

Itulah realitinya. Kita menyumbang dalam sedar. Mereka menggerakkan propaganda mereka melalui media, elemen hiburan yang melampau, dan menghasut fikiran kanak-kanak dengan filem animasi seperti Spongebob. Sementara ibu bapanya pula disogokkan dengan filem Spiderman, Chuck, dan sebagainya. Ramai yang melenting apabila kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza diserang. Tetapi hakikatnya, kita merupakan penyumbang setia kepada keperluan tentera-tentera Zionis tersebut.

Yahudi semakin berleluasa di bumi ini hinggakan kita tidak mampu menghalangnya. Sedikit demi sedikit minda masyarakat kita dikawal dan terbelenggu dengan fakta-fakta fantasi Yahudi. Media merupakan medium utama dalam menyebarkan propaganda mereka. Mereka tidak perlukan senjata canggih untuk menguasai sesebuah bangsa, sebaliknya mereka menggunakan senjata yang lebih ampuh iaitu minda muda mudi bangsa itu sendiri. Sekiranya remaja sudah dibelenggu dengan pemikiran Yahudi, itu merupakan senjata terbaik untuk mereka menguasai keseluruhan negara tersebut.

Ini kerana, remaja itu sendiri yang akan memusnah dan menghancurkan bangsanya. Semakin ramai remaja kita terjebak dalam salah laku akhlak yang serius. Amalan yang bertentangan dengan agama semakin berkembang dan masyarakat seakan menghalalkannya. Andai Melayu Islam ini sendiri tidak lagi mengerti, maka Melayu Islam ini hanya akan tinggal sebagai lembaran sejarah sahaja.