Friday, August 27, 2010

hilang ...

Kehilangan sesuatu yang menjadi kekuatan diri ... mungkin terlalu obses hingga terbawa-bawa .. tapi secara jujurnya sangat-sangat terasa akan pemergian yang tidak diketahui bila akan berpenghujung. semakin menghampiri tempoh waktu yang panjang dan memohon dijauhkan daripada infiniti. sakit .. terlalu perit ... tapi tidak berdaya diluah. hati ... siapa yang tahu. jiwa seakan mati .. perit menjadi realiti .. mujur ada mereka yang seakan cuba mengerti .. tapi masih lagi tidak berupaya mengganti ...
Cuba menjadi pasti dengan apa yang terjadi. tetapi mustahil mengubah realiti kepada fantasi, fantasi kepada realiti sememangnya pasti. tersa seperti tidak berguna kepada diri sendiri. berpunca daripada ketidakpastian, semakin menjadi nyata. hidup menjadi sunyi ... senyum tawa hanyalah topemg kepada perit, pedih, sunyi ... mungkin akan berubah tidak lama lagi, tapi entah bila.

Hilang ... biarlah sementara ... kembalilah kepada sediakala .. sesungguhnya hanya jauhari yang mengenal manikam ... sementara pasti akan dinanti, kenyataan akan dihadapi ... sampai bila akan dinanti ... kenangan menjadi nadi kekuatan diri ini .. kenangan akan terus bersemadi selagi terdaya .. harap akan berkekalan kerana tiada lagi selainnya ... kehilangan hanya akan terisi olehnya .. sungguh bagai dikata ...

hanya kepada yang mengerti ...

No comments:

Post a Comment