Monday, April 5, 2010

Tentang Kita

Tentang Kita...

Kami adalah kucing. Kucing yang bertuankan pemimpin pada nama. Bergerak untuk menutup kelibat yang pada hakikatnya meletakkan kaki di atas meja. Mungkin perkara ini tidak disedari oleh pihak yang tidak terlibat secara langsung, tetapi nyata kesannya dirasai dengan jelas oleh kucing seperti kami. Tugas telah diberi bagi mengisi tampok kepimpinan dan tanggungjawab seharusnya dilakukan sejajar dengan jawatan yang telah diamanahkan oleh pihak atasan.
Kupasan untuk tatapan penyedaran, ternyata kelekaan pihak yang terbabit menimbulkan rasa kuarang senang. Kerahan dan tugas yang telah dilaksanakan dipandang enteng. Kami merangkak untuk membuka jalan di denai, tetapi mereka melompat untuk melangkah denai. Jelas disini, secara teknikalnya mereka gagal dalam melaksanakan tugas dengan efisien. Masih tersirat perkara ini dari pandangan umum, suratan kami adalah kami adalah kucing
Kami adalah kucing. Hidup di arah dan dikerah. Berjaya di belai. Gagal maka makian menjadi makanan. Terlindung atas sebuah nama yang telah gah bertapak, banyak karat hakikat di atas kepala. Perkhidmatan atas tujuan pembelajaran dan pemantapan jati diri menjadi wadah bagi mereka untuk menunjukkan kuasa. Diskriminasi menjatuhkan kami.
Monarki. Anarki. Authoriti. Lebih kepada Marxism. Kaki di atas tangan menangkis. Kuku disembunyi mengeluarkan taring. Berat sebelah bermula untuk meraih undian suara dari kumpulan muda. Kewujudan kami kucing dipandang sebagai tentera kerahan. Layanan berbeza untuk mendapat keuntungan dan jawatan. Sedar dalam tidak sedar, kuasa hakikat berada majoriti di tangan kami. Kelumpuhan bakal terjadi jika kami mula bertekad untuk mengorak langkah membuka pekung di dalam kain. Menyatakan dalam tindakan.
Dunia ibarat neraka. Hidup umpama layang-layang. Sekali berada di atas tidak bermakna berada di atas selamanya. Kebenaran akan terbongkar, tetapi persoalannya bila? Adakah insan yang akan bersuara demi keadilan? Umpama tin kosong, meriah bila di ketuk tapi isi nyata kosong. Berbicara mengenai suara, kami kucing menunggu masa yang sesuai untuk bersuara.
Setiap tindakan datang bersama risiko. Risiko untuk menegakkan keadilan mungkin akan menyebabkan pergelutan dan perdebatan. Nasib kami sebagai kucing, perlu bergelut sebelum mencapai kemenangan.
Nantikan kucing menunjukkan kukunya. Apa yang pasti bukan kucing mengeluarkan tanduknya. Impikan harimau meninggalkan belang, menjadi nyata kucing dengan tanjak menghunus keris membimbit suara.

Thursday, April 9, 2009

ha... nak exam dah

pejam celik dah nak xzem dah. sem ni macam singkat sangat. kami pon tak tahu apa yang kami belajar. tapi yang penting kami akan belajar bersungguh-sungguh supaya tak repeat paper ... hehe .. kami penat.. kami lemas .. kami pun tak tahu ... apa pun, terima kasih kepada semua.. lecturer masscom UiTM yang banyak membantu .. kawan-kawan yang banyak memberi sokongan ... dan juga member-member kelas Journalism part 2, dan juga kawan-kawan yang tak tersebut .. banyak sangat jasa korang kat kami .. kepada yang tersalah, minta di maafkan segala kesilapan kami .. terkasar bahasa, terlacur kata, maaf ku pohon seikhlas hati .. apa yang penting, doakan kejayaan dalam exam ni .. terima kasih daun keladi .. lain kali bertemu lagi ..

Saturday, March 28, 2009

kesian ...

kehidupan ni kadang-kadang membosankan. tapi semuanya terpulang kat kite nak buat apa dengan hidup kita kan. tuhan kurniakan kita otak untuk letak di kepala otak, bukan kepala lutut. hai kawan-kawan. aku rasa lama dah aku tidak menulis. bukan kerana malas, tidak rajin, ataupun malu, tetapi kekangan masa. assignment terlalu banyak untuk difikirkan sehingga membataskan penulisanku. apa khabar semua. tak banyak yang aku nak perkatakan. cume kehidupan aku semakin sibuk kebelakangan ni. penuh dengan assignment dan macam-macam tugasan yang menguji minda dan fizikal. namun, aku bersyukur masih dikurniakan 2 nikmat utama,ISLAM dan IMAN. nafas yang disedut dan dihembus merupkan kurniaan terbesar bagi kita. aku menulis bukan kerna nama, bukan juga rasa. ikut hati kita mati, ikut rasa kita binasa. to be continue...

Thursday, March 12, 2009

titiansirat

aku tak faham la kenapa orang menilai orang dari aspek luaran. orang gemok salah. orang kurus pon salah. macam mane taste diorang pon aku tak tahu. nak kate yang mengkritik tu elok sangat rupa paras diorang pon tak jugak. ade member aku ni, memangla dia gemok, aku pon panggil dia gemok, tapi tak de lah sampai bab nak menghina dia. aku pulak tergolong dalam orang yang kurus. ada yang panggil aku keding lah, tulang lah, yang paling aku bengang ade 1 lecturer ni chop aku isap dadah. one day tu aku kene masuk bilek dye. pas dah puas dye lecturer aku, dye tanye aku, 'awak ni isap dadah ke? menyirap giler siot. memang la aku ni tak berapa nak hensem, tapi tak patot la nak chop aku sampai cm tu skali. aku juz senyum then blah ag bilek dye. memang patot pown dye tak kawen-kawen sampai ke tua. tapi aku doakan jugak lah, mudah-mudahan suami dye agak gemok or berisi daripada aku. amin.. kalo korang rase aku ni terok, jangan lah wat cam ape yang aku wat ni ye..hehe.. balik kepada topik kita, semua orang nak kan yang sempurna dalam hidup, tu tak salah, tapi cuba korang pikir balek, tak de manusia yang di lahirkan sempurna kat dunia ni. korang nak tengok yang sempurna, tapi korang cermin tak diri sendiri, ape pandangan orang lain kat korang. termasuk aku lah, kadang-kadang aku pon tak faham manusia ni. contohnyur, korang nak kawen, tapi mak korang kate mak nak budaknyur baik, sopan santun, berbudi bahasa, sume yang baik-baik lah, tapi cube tanye balik kat mak korang tu, anak dia tu ckup baik ke nak dapat isteri or suami yang baik. aku tak kate lah korang tak baik, contoh je ni. lagi 1 yang buat aku rase pelik manusia yang tak pernah puas dengan diri sendiri. nak wat surgeri la, itu lah, ini lah, macam-macam lagi lah istilah yang aku tak tau nak sebut. sibuk nak tambah aksesori kat body. bagi besar yang tu lah, nak buang yang ni lah. rimas aku. u are what u are. tu cukup nak menggambarkan diri kite semua. apa yang paling penting, kita harus faham diri sendiri. kita ni tuan kepada diri kita sendiri, so tak payah lah nak ikot sangat nafsu tu.